NADI eSukan LMS - Webinar World Building
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Webinar World Building. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga pukul 01:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Encik Faizal Hakimy memberi penerangan mengenai High Fantasy World, sebagai contoh Lord of The Ring yang terdapat unsur Naga. Seterusnya, Encik Faizal Hakimy memberi penerangan mengenai Urban Fantasy World seperti Harry Potter. Selain itu, Encik Faizal Hakimy memberi penerangan mengenai Science Fiction World yang berasaskan Sains seperti Star War dan Star Trek. Akhir sekali, Encik Faizal Hakimy memberi penerangan mengenai Cyberpunk Word seperti Blade Runner.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: